
Kelihatannya peradaban purba di India, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Carribean adalah lebih purba dan lebih besar dari apa yang boleh dibayangkan oleh seseorang. Kebanyakan daripada bukti-bukti ini (masalahnya) terpendam bermeter-meter di bawah sedimen dan batu karang.1
Orang-orang Polynesia menyebutkan mengenai Hawaiki, pulau besar atau benua ke arah barat melangkaui lautan (Pasifik). Hawaiki dikatakan merupakan tanah air mereka yang musnah, di Indonesia (baca: Paparan Sunda), dan dipastikan merupakan firdausi sebelum ia dimusnahkan oleh malapetaka gunung berapi.2
Mala petaka ini menenggelamkan sebahagian besar tanahnya, dan melemaskannya dengan lahar dan asap. Kemusnahan Hawaiki terjadi semasa peperangan besar, sama seperti kes Atlantis. Tinggalan Hawaiki, firdausi Polynesia, bersamaan dengan Hades atau Neraka, seperti yang disebut di dalam lagenda Greek/Yunani atau lainnya.3
Adalah menarik untuk disebutkan bhawa di dalam tradisi sebelah barat, syurgawi dan tinggalannya terletak di sebelah timur dan kawasan "Orient", sedangkan di sebelah Timur Jauh dan Oceania, arah yang sebaliknya dikatakan betul, maksudnya terletak ke arah barat dan bertentangan. Dengan kata lain, tradisi sejagat bersetuju bahawa syurgawi dan kenangan nerakanya terletak di kawasan tidak lain tidak bukan di Indonesia (baca: Paparan Sunda) yang merupakan "Pusat Dunia **Navel of the world**" yang sebenarnya.4
sumber : http://blognyajose.blogspot.com/2008/04/catatan-polynesia-mengenai-atlantis.html